Manaqib Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Biografi Nama penuh/ Nasab beliau: Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar Berikut adalah sedikit sebanyak tentang latar belakang beliau: 1974 - 1992 Beliau dilahirkan pada hari Jumat, 12 April 1974, selepas sholat Jum'at di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama’ dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ. Sewaktu membesar, beliau berguru dengan: 1. Ustadz Hasan Baharom 2. Ustadz Soleh Bal As’ad 3. Ustadz Abdul Hamid 4. Ustadz Soleh Bin Agil 5. Ustadz Ahmad Barakwan 6. Ustadz Husin Bin Abu Bakar Serta ramai lagi para asatizah, beliau berguru dengan kesemuanya di berbagai - bagai kitab dalam bidang agama. 1993 - 1995 Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid dan Bunda, beliau pergi ke Had...