Manaqib Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid



Biografi

Nama penuh/ Nasab beliau:
Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar

Berikut adalah sedikit sebanyak tentang latar belakang beliau:

1974 - 1992
Beliau dilahirkan pada hari Jumat, 12 April 1974, selepas sholat Jum'at di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama’ dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ.

Sewaktu membesar, beliau berguru dengan:
1. Ustadz Hasan Baharom
2. Ustadz Soleh Bal As’ad
3. Ustadz Abdul Hamid
4. Ustadz Soleh Bin Agil
5. Ustadz Ahmad Barakwan
6. Ustadz Husin Bin Abu Bakar
Serta ramai lagi para asatizah, beliau berguru dengan kesemuanya di berbagai - bagai kitab dalam bidang agama.

1993 - 1995
Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid dan Bunda, beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian. Di Hadhramaut, beliau berguru dengan:
1. Al Habib Umar bin Hafizh
(pemimpin Dar Al Mustafa)
2. Al Habib Ali Masyhur
3. Al Habib Salim As Syatiri
4. Al Habib Hasan As Syatiri
5. Al Habib Abdullah Bin Syihab
6. Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur
7. Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus
8. Syeikh Fadal Ba Fadal
9. Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf
10. Syeikh Umar Husain Al Khatib
11. Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib
12. Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri
13. Habib Umar Bin Hafidz

Beliau juga adalah antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Bakat semula jadi beliau sebagai seorang pendakwah mula diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz.

1996 - 2001
Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu - ilmu agama dengan:
1. Dr. Abdul Badi’ Abu Hashim
2. Dr. Saad Jawish
3. Dr. Ali Jum’ah
4. Dr. Muhammad Jibril
Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar - pelajar dari berbagai kaum dan bangsa.

2002 - Sekarang
Setelah menerima ijazah (degree) dalam jurusan ‘Islamic Legislation and Law’ dari Universiti Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al-Quran dan Sunnah.

Dalam tahun 2004, beliau bernikah dan sejak itu, beliau serta istri telah dianugerahkan dengan 3 orang putri.

Alhamdulillah, beliau telah selesai kuliahnya di peringkat Sarjana (Masters).

Dalam tahun 2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Oleh kerana itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri telah memohon Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk mengambil alih.

Alhamdulillah, sejak dari itu Darul Murtadza telah berkembang dari awalnya sebagai pengajian di rumah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dengan jemaah 10 - 20 orang di Surau Al Hidayah (AU3) dan sekarang di Masjid Muadz Ibn Jabal, Setiawangsa dengan jemaah yang makin bertambah, InsyaAllah

Latar belakang pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang dinamik dan menyeluruh diregukan dengan bakat semula jadi dan kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali dengan kehebatan beliau di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali kerana akhlak dan adab beliau yang mulia.

Referensi: darulmurtadza.com/habib-ali-zaenal-abidin-al-hamid-3

Postingan populer dari blog ini

Al-Habib Muhammad Bin Husein Al-Aydrus (Habib Neon)

Al-Haddad

Tahap Kedua Perkembangan Alawiyin